BISMILLAH

Search This Blog

Wednesday, June 22, 2011

Dia lebih baik daripadamu... :)

Syeikh Abdul kadir Al Jailani berkata:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

*semoga menjadi renungan untuk kita semua* :)

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT



MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a.,bertamu ke rumah Ali r.a.

Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri RasulullahSAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yangcantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkukitu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatuperbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelairambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang berimanitu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelairambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebihmanis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntutilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari menitisehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebihmanis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebihsulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtakpernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantikdari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, danberbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuahmangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelairambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelairambut".

Kisah Anak Kecil Yang Menangis


Kisah Anak Kecil Yang Menangis

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan ditepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambilwudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jaditentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Monday, June 13, 2011

Cerpen Srikandi

Cerpen: Srikandi




Muslimah itu Srikandi ~ by my precious friend, Laila Jihad of Deviant Art. May Allah bless u Laila.



Ini buang tabiat namanya. Huhu.

Tak pernah-pernah saya buat perempuan jadi pendekar.

Tapi tak mengapalah. Dah tiba-tiba muncul idea ni. Layan sahajalah kehendak minda ni.

Cerpen ini saya dedikasikan kepada lima bidadari yang mengisi hidup saya baru-baru ini

Ainun, Izzati, Hidayah, Syida dan Aisyah

juga dua sahabat yang baik

Amir dan Haikal

Terima kasih kerana memberikan makna dalam kehidupan ini.

Ok, kepada pembaca,

Enjoy this cerpen!




Cerpen Srikandi.





Kuda tunggangan mereka menapak perlahan. Tanah keras berwarna kelabu keputih-putihan menjadi tapak perjalanan mereka. Sudah jauh mereka berjalan, kini mereka mula melepasi sempadan Wilayah Midori.

“Allahuakbar, letihnya.” Seorang pemuda, berwajah cerah, berpakaian lengan panjang coklat pudar sederhana, mengesat peluh di dahi dengan belakang lengannya. Di belakang tubuhnya tersandang sebilah pedang yang nyata unik ukirannya.

Terus bahunya ditepuk dari arah kanan. “Angkasa Sakti, yang mengundurkan Long Berk dengan Penumbuk Alamnya, mustahil keletihan tika menunggang kuda.”

Angkasa tersenyum memandang lelaki di sebelahnya. Berzirah Tanah Suci, rambut panjang mencecah bahu, dan di belakang lelaki itu tergalas tombak panjang yang terkenal dengan nama Tombak Naga.

“Sengaja mengingatkan diri bahawa hamba ini ada kelemahan juga. Semestinya Panglima Aizan Fahmi lebih utuh orangnya.” Lembut dia menjawab kepada lelaki itu.

Lelaki itu tertawa. Menggeleng. “Manis bicara Angkasa ini. Patutlah Ayahandaku amat menyenangimu, bukankah begitu End?” Aizan Fahmi menoleh ke belakang.

Seorang lelaki berzirah, sedang menyandang sebilah tombak tiga mata di belakang badannya, sekadar mengangkat wajahnya dan tersenyum. Kuda mereka bertiga terus bergerak perlahan. Mereka sudah berjalan selama tiga hari. Menuju satu kawasan bernama Uftzi di Tenggara bumi.

Misi mereka satu. Bertemu dengan Kaum Gergasi dan Makhluk Genetik di sana, meminta agar dua kaum itu menyebelahi Kerajaan Tanah Haram dan Kerajaan ‘Hijau’ Chinmayi dalam kempen memerangi Kerajaan Utopia yang dipimpin oleh Sang Asura. Mereka dijangka sampai ke Uftzi sekitar lima hari lagi perjalanan.

“Ah, Alhamdulillah, ada tempat untuk kita berehat.” Aizan Fahmi menunjuk ke hadapan.

Angkasa dan End memandang ke tempat yang ditunjukkan. Kelihatan seperti perkampungan kecil di atas bukit. Mereka juga mula melihat pada rumput hijau nan luas menyelimuti tanah di situ. Suara-suara manusia turut kedengaran.

“Alhamdulillah.” Angkasa bersuara lega. “Tetapi ini juga menandakan kita telah memasuki lebih ke dalam Wilayah Midori. Padang rumput nan menghijau memang lambang teritori mereka. Bukankah begitu End?” Angkasa memandang End yang berada dalam beberapa jarak di belakangnya.

End sekadar mengangguk.

Wilayah Midori dipimpin oleh Jeneral Rafael, yang merupakan antara Lima Jeneral Utama Kerajaan Utopia. Terkenal sebagai seorang Jeneral yang ceria dan kelihatan seperti tidak memperdulikan apa-apa. Namun di medan perang, dia terkenal sebagai antara yang paling dahagakan darah lawan-lawannya.

“Justeru, dalam berehat juga kita perlu berhati-hati.” Aizan mengingatkan.

Mereka bertiga bergerak perlahan menuju ke arah perkampungan tersebut.



******